Monday, 21 November 2011

Refleksi tentang Makropengajaran Sains Tahun 6

PENGENALAN
            Saya menjalankan rancangan pengajaran Sains ini di kelas saya iaitu kelas 6 Ikhlas. Dalam kelas ini terdapat 30 orang murid. Terdapat keputusan dan peribadi murid yang tidak ketara dalam kelas ini. Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mengkategorikan murid-murid mengikut kebolehan mereka kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli.
KEKUATAN
            Apabila saya mengumumkan eksperimen yang hendak dijalankan pada hari itu, murid-murid menjadi aktif dan diat untuk mencuba. Keadaan kelas menjadi seronok setelah mendapati berpeluang menjalankan eksperimen di dalam kelas. Saya bersukacitalah bahawa saya ada menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan murid-murid saya. Mereka semua dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran ini.
KELEMAHAN
            Saya mendapati bahawa terdapat kumpulan yang terlalu lemah dalam mengikut arahan guru sampai memerlukan guru membimbing untuk menjayakan eksperimen. Saya telah mengambil masa yang lama semasa membimbing kumpulan itu dan ini nampaknya kurang adil kepada kumpulan lain.
LANGKAH MENGATASI 
            Setelah saya menjalankan refleksi, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan p&p kali ini iaitu setiap kumpulan hendaklah mempunyai sekurang –kurang seorang ahli yang berkebolehan sederhana atau berkebolehan tinggi. Ini sebab murid yang lebih cepat menyerap maklumat yang disampaikan ini dapat membantu dan mendorong ahli kumpulan lain untuk menjalankan perbincangan atau aktiviti dalam kumpulan. Komunikasi antara murid juga dapat diwujud dengan sihat.

Gambar (ABM) dan Alat/ Bahan Yang Saya Gunakan