Monday, 21 November 2011

Bahasa Melayu (Penulisan) Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Kelas 4B
Masa                           : 2:55 petang - 3:25 petang (30 minit)
Tema                           : Bumi Bertuah
Tajuk                           : Kampung Contoh
Objektif                       : Pada akhir pembelajaran ini,murid-murid akan dapat:
1)    Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk tentang sesuatu.
2)    Membaca pelbagai jenis ayat dengan intonasi yang betul.
Fokus Utama              :8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
                                     Aras 1(і) Menulis pelbagai jenis ayat.
Fokus Sampingan       : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi                                                    yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
                                      Aras 2(і) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan                                         pada intonasi berdasarkan tanda baca.
Tatabahasa                 : Kata nama am
Kosa Kata                   : bangku, jongkang-jongket, buaian, gelongsor
Nilai                             : Menjaga kebersihan persekitaran
Kemahiran Berfikir      : Menjana idea
Media Pengajaran       : Gambar

Langkah
Kandungan
Catatan
Set induksi
(3 min)
1. Guru bertanya tentang pengalaman murid pergi ke taman permainan yang berdekatan rumah mereka.
2. Murid-murid berkongsi pengalaman sedia ada mereka tentang taman permainan yang pernah dikunjungi.
3. Tajuk pelajaran hari ini dijelaskan iaitu membina ayat mengenai aktiviti-aktiviti di taman permainan berdasarkan gambar.
Interaksi dengan murid-murid
Langkah 1
(10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar sambil memesan murid-murid memerhatikan gambar. Masa 1 minit diberi untuk meneliti gambar itu.
2. Murid-murid diminta menjelaskan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
    a) bermain jongkang-jongket
    b) bermain gelongsor
    c) bermain buaian
    d) berbual-bual sambil memerhatikan anak-anak
    e) duduk di atas bangku sambil membaca surat khabar
3. Guru menjelaskan ayat tunggal dan ayat majmuk.
4. Guru mencatat aktiviti-aktiviti di papan hitam dan murid membaca dengan kuat.
Gambar taman permainan
Langkah 2
(7 minit)
1. Guru membimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata kerja yang diperolehi tadi.
2. Setelah murid siap menulis ayat pada papan hitam, guru membuat perbincangan dengan murid dan membetulkan ayat jika terdapat kesilapan.
3. Peneguhan diberi mengikut situasi.

Langkah 3
( 7 minit)
1.  Murid-murid membaca ayat yang betul.
2. Guru memilih 8 orang murid untuk melakonkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3. Murid-murid lain menjelaskan apa yang dilakonkan oleh kawan-kawan.

Penutup
( 3 minit)
1. Guru menegaskan taman permainan merupakan tempat yang selesa untuk kita menjalankan senaman dan bermain, jadi kita bertanggungjawab menjaga kebersihan taman permainan.
2. Guru bertanya kepada murid tentang cara menjaga kebersihan di taman permainan.
Nilai murni ditegaskan

No comments:

Post a Comment