Monday, 21 November 2011

Refleksi tentang Makropengajaran BM Tahun 4

PENGENALAN
            Saya telah menjalankan makropengajaran yang bertajuk membina ayat yang mengandungi kata kerja berdasarkan gambar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SJKC. Kelas saya adalah kelas Tahun 4B dan jumlah murid adalah 37 orang. Makropengajaran ini dijalankan selama 30 minit.

KEKUATAN
Selepas saya menjalankan makropengajaran ini, saya mendapati bahawa kekuatan dan kelebihan saya adalah bertimbang rasa terhadap murid-murid. Berdasarkan tajuk yang saya ajar ini, masih terdapat lagi anak murid yang tidak pernah berkunjung ke taman permainan pada hari ini. Saya berasa pengalaman ini perlu dikongsi dengan mereka yang tidak pernah bermain di tempat permainan untuk pengetahuan mereka. Dengan adanya komunikasi antara guru dengan murid dan komunikasi murid dengan murid, saya lebih memahami keadaan kehidupan anak murid saya dan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran yang ingin disampaikan dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan.
 Saya juga memberi masa yang cukup untuk murid berfikir jawapan semasa meneliti gambar yang ditunjukkan. Ini sangat penting untuk murid-murid membuat persediaan mencari maklumat dan menyediakan jawapan. Selain itu, saya juga menekankan nilai murni yang bersesuaian dan relevan dengan topic yang saya ajar. Saya berpendapat bahawa nilai menjaga kebersihan persekitaran hendaklah dipupuk sejak zaman kanak-kanak supaya mereka lebih menghargai tempat awam ini.  

KELEMAHAN
Walaupun begitu, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dalam makropengajaran saya ini. Suara saya hendaklah lebih lantang dan jelas supaya dapat didengar oleh semua murid. Bahasa badan saya kurang jelas sehingga murid-murid hanya mendengar sambil belajar sahaja dan kurang mengambil inisiatif belajar secara inovatif. Jika saya dapat memotivasikan murid secara langsung, saya harus mengembangkan bakat dan keyakinan murid-murid.  
Masalah lain yang saya hadapi ialah semasa saya meminta murid menulis ayat di papan hitam, terdapat murid lain yang tidak aktif berfikir ayat yang hendak dibina. Mereka hanya tunggu kawan lain membina ayat. Walaupun keadaan dalam kelas senyap tetapi terdapat sebilangan kecil murid yang kurang menumpukan perhatian pada masa itu. Saya menggunakan masa menunggu murid menulis di papan hitam, saya meronda ke tempat murid yang kurang member perhatian dan memberi amaran secara bukan lisan seperti gerakan tangan.


LANGKAH MENGATASI
            Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sapatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya wajar berusaha mahir dalam pendekatan sosial dan psikologi supaya lebih memahami anak murid saya.
            Komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna yang lebih jelas. Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu saya harus memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu itu tercapai. Waktu dan tempat untuk menyampaikan mesej atau berkomunikasi harus bijak dipilih supaya objektif mesej dapat dicapai dan murid lebih mudah menerima mesej yang disampaikan. 

Gambar (ABM) Yang Saya Gunakan