Sains

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran            : Sains
Tahun                          : Kelas 6I
Masa                           : 3:45 petang - 4:15 petang (30 minit)
Tema                           : Daya Dan Gerakan
Tajuk                           : Daya Boleh Mengubah Bentuk Objek
Objektif                       : Pada akhir pembelajaran ini,murid-murid akan dapat:
1)    Memberi contoh tentang daya adalah tarikan dan tolakan.
2)    Menjelaskan daya boleh mengubah bentuk objek.
Fokus Utama              : 2.1 Menganalisis konsep daya.
                                     Aras 1(і) Menghubungkaitkan daya adalah tarikan dan
tolakan.
Fokus Sampingan       : 2.1 Menganalisis konsep daya.
                                      Aras 1(2)Menjelaskan dengan contoh daya menyebabkan
perubahan bentuk dan pergerakan objek.
Kosa Kata                   : regang, mampat, kemik, leper, serpihan
Nilai                             : kitar semula
Kemahiran Berfikir      : Menjana idea
Media Pengajaran       : Gambar, Spring, Tin, Plastisin dan Gelang Getah

Langkah
Kandungan
Catatan
Set induksi
(3 min)
1. Guru meminta murid menjalankan aktiviti menolak tapak tangan dan menarik secara berpasangan.
2. Guru dan murid-murid berbincang bahawa daya terlibat semasa tarikan dan tolakan.
3. Guru menjelaskan tajuk yang dipelajari hari ini ialah Daya Boleh Mengubah Bentuk Objek.

Interaksi dengan murid-murid
Langkah 1
(10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar di papan hitam dan memberi masa untuk murid meneliti gambar.
2. Guru menerangkan daya boleh mengubah bentuk sesuatu objek.
3. Guru membahagikan bahan dan alat yang disediakan kepada beberapa kumpulan.
4. Guru menjalankan demonstrasi kepada murid-murid sebelum meminta murid menjalankan eksperimen sendiri.
5. Murid-murid memerhatikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru.

Gambar,
Spring,
Tin,
 Plastisin,
Gelang Getah
Langkah 2
(7 minit)
1. Murid-murid menjalankan eksperimen dalam kumpulan selepas memerhatikan langkah-langkah yang dibuat oleh guru.
2. Guru meronda semua kumpulan dan memberi bantuan dan bimbingan pada masa yang sesuai.
3. Pemerhatian murid dicatatkan dalam buku nota.

Langkah 3
(7 minit)
1. Ketua kumpulan atau wakil kumpulan keluar untuk membentangkan pemerhatian mereka.
2. Perbincangan tentang eksperimen yang dilakukan.
3. Guru membimbing murid-murid mendapatkan kesimpulan.

Penutup
(3 minit)
1. Guru membimbing murid-murid mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang tindakan daya dalam aktiviti harian.